Saturday, September 7, 2013

Coklat tidak memudaratkan.



Coklat ataupun koko telah dijadikan ubat sejak tahun 1500 lagi. Koko yang berasal dari Mexico banyak digunakan oleh kaum Maya dan Aztec. Tiga fungsi utama coklat ataupun koko yang digunakan pada zaman itu ialah sebagai; menaikkan berat badan, merangsangkan sistem saraf dan memperbaiki sistem pencernaan. Ada juga pendapat mengatakan coklat boleh merawat batu karang, demam, gout, merangsang selera makan dan menenangkan fikiran. 

Di dalam biji koko sebenarnya wujud kandungan antioksidan yang berguna pada tubuh badan kita. Antioksidan yang berguna sebagai agen menurunkan kadar tekanan darah tinggi. Pakar dari Southwestern Medical Center di Dallas menjelaskan, antioksidan yang terkandung dalam coklat sama saja dengan apa yang ada pada bawang, epal, teh dan anggur. Ia boleh mengurangkan risiko jangkitan barah dan jantung. Biarpun kandungan kolesterol nya masih ada dalam coklat namun ia adalah kolesterol yang berguna pada tubuh badan.

Bagaimanapun coklat yang baik dimakan ialah coklat yang kurang dicampur susu dan gula. Khasiat yang terkandung oleh biji koko itulah yang  dimaksudkan boleh mengelakkan beberapa penyakit seperti yang telah diterangkan sebelum ni. Dengan memakan coklat sebanyak 25 gram sahaja, khasiat antioksidan yang dikandunginya boleh memainkan peranan yang lebih pada darah berbanding sayuran dan buah-buahan. Malah antioksidan pada biji koko adalah dua kali ganda berbanding daun teh dan buah anggur.

Sumber: Saji, Mei 2006

No comments:

Post a Comment