Buku

Suatu waktu dahulu, Melati Publisher dikenali kerana menghasilkan buku-buku remaja yang mendapat sambutan hangat. Malah penulisnya terdiri dari penulis terkenal termasuk selebriti. Sesiapa yang berminat untuk mengenali jejak-jejak awal Ahadiat Akashah, Aznil Nawawi, Richie Rahman dan Rina Khan dalam bidang penulisan sila dapatkan buku-buku ini di sini. Kesemua buku masih dalam keadaan baik. Harga dari RM4.50-RM20. Senarai buku akan dikemaskinikan dari masa ke masa. Sila rujuk di ruangan label untuk melihat butir-butir buku yang dijual.