Showing posts with label Marwilis Publisher. Show all posts
Showing posts with label Marwilis Publisher. Show all posts

Thursday, January 5, 2012

Suzana Ku Sayang


Tajuk: Suzana Ku Sayang
Penulis: Nina Kirana
Cetakan: Cetakan Kedua, 1989
Penerbit: Marwilis Publisher & Distributors S/B
Sinopsis: Hubunga intim Ramli dan Suzana sejak di bangku sekolah sering mendapat tentangan daripada ayah, Haji Kidam. Walaupun ayahnya menentang tapi Ramli tetap berdegil meneruskan hubungan dengan gadis itu. Haji Kidam terkenal dengan kekayaannya, sedangkan ibu Suzana mempunyai sejarah hitam dalam hidupnya. Dia datang ke kampung itu kerana mengandungkan Suzana yang belum tentu siapa ayahnya. Kerana itulah Haji Kidam menentang keras. Haji Kidam membuat fitnah mengatakan Ramli telah bertunang dengan sepupunya. Suzana kecewa dengan sikap Ramli. Apabila Suzana bertugas di Kuala Lumpur sebagai jururawat, dia berkenalan dengan Doktor Taufik.  Mereka kemudian mendirikan rumah tangga.  Bagaimanakah keadaan hidup Ramli apabila mengetahui kekasihnya telah dimiliki oleh orang lain.
Keadaan buku: Baik dan berbalut plastik.
Harga: RM6.50
Halaman: 141 m/s

Tuesday, January 3, 2012

Cindy


Tajuk: Cindy
Penulis: Jamal Sudin
Cetakan: Cetakan Pertama 1990
Penerbit: Marwilis Publisher & Distributors S/B
Sinopsis:  “Buatlah apa yang kau suka. Jangan panggil aku ayah lagi. Apa gunanya kau panggil aku ayah jika cakap aku kau tak mahu dengar. Kalau kau masih hendak berkahwin dengan budak Melayu sial itu, kahwinlah. Aku akan pergi bunuh diri. Apa guna hidup kalau anak sendiri tak mahu dengar cakap. Baik aku mati.” Ayahnya berkata dengan putus asa.
Cindy tidak faham mengapa nasibnya begitu malang. Sepanjang hidupnya dia hanya berkorban untuk kebahagiaan orang lain. Dapatkah Cindy mencapai kebahagiaannya sendiri?
Keadaan buku: Baik dan berbalut plastik
Harga: RM 7.00
Halaman: 205 m/s

Sunday, February 6, 2011

Dilema Seorang Penghibur


Tajuk: Dilema Seorang Penghibur
Penulis: Webah Salleh
Cetakan: Cetakan Pertama 1990
Penerbit: Marwilis Publisher & Distributors S/B
Sinopsis: Di matanya terbayang kini Siti Andriani yang cantik manis itu akan bersimpuh di pangkuannya. Siti Andriani akan menyerah dengan penuh kerelaan. Sebagai lelaki, Datuk Wazir juga ingin membuktikan kejaguhannya, supaya Siti Andriani tidak akan mencari lelaki lain darinya. Dia pasti Kota London akan merakamkan satu sejarah. Wajahnya mengukir senyuman.
Keadaan buku: Baik dan berbalut plastik.
Harga: RM 4.50
Halaman: 118 m/s

Friday, February 4, 2011

Derai-derai Tangis


Tajuk: Derai-derai Tangis
Penulis: Maulana Syamsuri
Cetakan: Cetakan Pertama 1988
Penerbit: Marwilis Publisher & Distributors S/B
Sinopsis: “Kutukan Tuhan terhadap dosa yang dilakukan oleh seorang gadis di desa Asahan itu turut dirasakan oleh seluruh penduduk kampung itu. Desanya dilanda kekeringan. Keadaan irigasi menurun, hingga banyak petani berebut air dan sering terjadi perkelahian. Tikus menyerang padi petani. Tuhan seperti murka kerana dosa yang dilakukan oleh Winda itu.
Keadaan buku: Baik dan berbalut plastik.
Harga: RM 6.50

Halaman: 232 m/s