Hasil kraf dari kain felt. Kain felt diperbuat dari kain benang bulu kambing yang lembut. Kain ini tidak ditenun. Bulu kambing tersebut dicampur dengan beberapa bahan lain kemudian dihasilkan dengan proses pemanasan dan penguapan. Terdapat pelbagai jenis kain felt dan perbezaan tekstur dan ketebalan. Kain felt ini sesuai dibuat sepit rambu, pelekat nota dan magnet peti ais. Di Pasar Lambak Kuale, setiap kraf dihasilkan pelbagai corak dan warna untuk memastikan setiap daripadanya mempunyai identiti sendiri. Setiap bahan dijual dari RM3-RM8
RM6.00 satu |
RM3.00 satu |
Sedap dipandang, tak boleh dimakan. Ni bukan coklat ya, magnet peti ais berbentuk coklat yang dihasilkan daripada simen. 'Coklat' ni tahan lama sehingga bertahun-tahun dan rupanya masih tetap sama. Asalkan tak terjatuh dan pecah masih boleh dijadikan perhiasan. Bagi yang ada anak kecil eloklah letak tinggi sikit, nanti habis digigitnya pulak.