Showing posts with label Nina Kirana. Show all posts
Showing posts with label Nina Kirana. Show all posts

Thursday, January 5, 2012

Suzana Ku Sayang


Tajuk: Suzana Ku Sayang
Penulis: Nina Kirana
Cetakan: Cetakan Kedua, 1989
Penerbit: Marwilis Publisher & Distributors S/B
Sinopsis: Hubunga intim Ramli dan Suzana sejak di bangku sekolah sering mendapat tentangan daripada ayah, Haji Kidam. Walaupun ayahnya menentang tapi Ramli tetap berdegil meneruskan hubungan dengan gadis itu. Haji Kidam terkenal dengan kekayaannya, sedangkan ibu Suzana mempunyai sejarah hitam dalam hidupnya. Dia datang ke kampung itu kerana mengandungkan Suzana yang belum tentu siapa ayahnya. Kerana itulah Haji Kidam menentang keras. Haji Kidam membuat fitnah mengatakan Ramli telah bertunang dengan sepupunya. Suzana kecewa dengan sikap Ramli. Apabila Suzana bertugas di Kuala Lumpur sebagai jururawat, dia berkenalan dengan Doktor Taufik.  Mereka kemudian mendirikan rumah tangga.  Bagaimanakah keadaan hidup Ramli apabila mengetahui kekasihnya telah dimiliki oleh orang lain.
Keadaan buku: Baik dan berbalut plastik.
Harga: RM6.50
Halaman: 141 m/s

Friday, February 4, 2011

Di Sebalik Senyumanku


Tajuk: Di Sebalik Senyumanku (Novel Romantis)
Penulis: Nina Kirana
Cetakan: Cetakan Pertama 1992
Penerbit: Berita Publishing S/B
Sinopsis: Zuraidah seorang gadis pemalu telah menarik perhatian Yusri. Tetapi baru beberapa minggu cinta mereka terjalin, Zuraidah telah dimasukkan ke hospital kerana menghidap sakit jantung. Di hospital, Zuraidah dirawat oleh Doktor Imran. Doktor Imran yang menyimpan suatu rahsia dalam hidupnya telah menaruh perasaan terhadap gadis pesakitnya itu. Apakah rahsia hidup Doktor Imran? Bagaimana pula cinta Yusri terhadap Zuraidah?
Keadaan buku: Baik dan berbalut plastik.
Harga: RM 4.50
Halaman: 104 m/s