Berita baik bagi penggemar coklat kerana coklat mengandungi flavonoids iaitu salah satu kandungan yang boleh membantu memelihara kesihatan jantung, perjalanan darah dan mengurangkan pembekuan darah, yang boleh menyebabkan serangan jantung dan stroke.
“Ianya jauh lebih baik, kerana kandungan coklat kaya flavonoids memiliki pengaruh positif terhadap kardiovaskular,” jelas Carl Keen, seorang pakar zat makanan dari Universiti California.
“Kami tidak hanya meneliti peningkatan kandungan antioksida setelah meneliti coklat, tetapi juga penyusunan kandungan tertentu yang mempengaruhi pembuluh darah.”
Antioksida adalah suatu partikel yang dapat mengurangi kesan kerosakan sel secara radikal dalam tubuh. Buah-buahan, sayuran, kekacang dan semua biji-bijian adalah makanan yang mengandungi antioksida yang tinggi.
Flavonoids dalam coklat berasal dari biji coklat yang kaya flavonoids. Beberapa kajian menunjukkan sebatang coklat pahit mengandungi flavonoids sebanyak enam biji epal, 4.5 cawan teh, 28 gelas anggur putih dan 2 gelas anggur mereah.
Akan tetapi menurut Dr. Harold Schmitz bahawa ada variasi tahap flavonoids dalam coklat dan produk biji coklat bergantung pada proses menghasilkan beberapa produk.
Flavonoids telah dihitung akan kandungannya yang mampu mengurangi penyakit kardiovaskular, sebagai tahap teratas punca penyebab kematian pada kebanyakan negara industri, tetapi coklat juga memiliki tahap lemak dan gula yang tinggi.
Kumpulan The British Heart Foundation menjelaskan bahawa buah-buahan dan sayuran yang mengandungi tahap flavonoids lebih tinggi termasuk beberapa makanan bergizi lain dan mensyorkan untuk menikmati sedikit coklat secara teratur, tetapi yakinlah bahawa jika anda makan lima potong buah-buahan dan sayuran setiap hari untuk memperoleh flavonoids yang anda perlukan tanpa mengandungi lemak.
Sumber: Sedap Bil 2, Vol 1 2008
No comments:
Post a Comment